Menanti FOMC, BTC Nak Ke Mana?

478

“Adakah harga BTC akan naik atau turun masa FOMC esok?”

Selepas menembusi $27,400, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) nampaknya turun semula apabila para pedagang berpandangan Federal Reserve (Fed) akan bertindak sebaliknya berbanding mengekalkan kadar faedah tidak berubah.

Namun perlu diketahui terdapat kebarangkalian 99% untuk bank pusat Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kadar faedah tidak berubah semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada Rabu esok.

Selain memfokuskan pada perubahan dalam dasar monetari atau panduan kunci kira-kira ketika FOMC nanti, pedagang lebih berminat menumpukan perhatiannya pada unjuran makroekonomi yang dikemas kini serta panduan disediakan oleh Pengerusi Fed Jerome Powell.

Fed akan menyampaikan keputusan kadar faedah esok disertai kenyataan dan kemas kini ramalan penuh dalam Ringkasan Unjuran Ekonomi serta disusuli dengan sidang akhbar tiga puluh minit oleh Powell.

Menurut Scotiabank, Fed mungkin akan mengekalkan kadar faedah sehingga akhir tahun 2023 dan ini membawa makna bahawa inflasi mampu meningkat semula, tetapi pasaran kripto berupaya untuk melonjak tinggi.

Sekiranya momentum positif, BTC dapat melepasi $27,414 mahupun zon rintangan seterusnya pada $27,800 dan penembusan itu dapat mendorong harganya untuk meneruskan aliran menaik sehingga $28,500.

Bagaimanapun, BTC boleh terjun di bawah $25,000 jika harga aset digital tersebut pecah zon sokongannya pada $26,000.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 0.96% pada paras $26,723 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $520 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 6.27% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat