Mendebarkan! Pelabur Tak Sabar Nanti Keputusan Rangsangan AS

567

Dolar Amerika melemah pada hari Selasa, mencapai paras terendah satu minggu berbanding sekumpulan mata wang utama, ketika para pelabur menunggu hasil rundingan rangsangan fiskal AS selain turut memantau perkembangan Brexit.

White House dan Demokrat di Kongres AS dilaporkan semakin hampir dengan kesepakatan mengenai pakej bantuan coronavirus baru pada hari Selasa ketika Presiden Donald Trump mengatakan beliau bersedia menerima pakej bantuan yang lebih besar walaupun mendapat tentangan dari Parti Republikannya sendiri.

Rangsangan dilihat sebagai penurunan jangka pendek bagi US dolar kerana perbelanjaan akan menyokong ekonomi AS dan meningkatkan sentimen pasaran, sekali gus mendorong pelabur kepada aset yang lebih berisiko.

Sementara itu, Speaker Dewan Nancy Pelosi yang bercakap kepada wartawan setelah panggilan tengahhari dengan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin, menyatakan harapan beliau bahawa persetujuan akan dicapai akhir minggu ini.

Matawang euro mendahului kenaikan sehingga mencecah paras ketinggian satu bulan dengan diniagakan lebih tinggi pada sesi Asia setelah disokong oleh kelemahan dolar greenback.

Selain itu, ketidakpastian dalam isu Brexit membataskan dagangan matawang pound dengan hanya mencatatkan peningkatan sederhana berbanding US dolar. Pelabur masih mencari petunjuk tentang kemungkinan Britain akan mencapai perjanjian perdagangan dengan Kesatuan Eropah pada akhir tahun ini.

Bagi matawang komoditi, dolar Aussie, dolar kiwi dan dolar Kanada masing-masing turut mempamerkan peningkatan pada sesi Asia, diangkat oleh harapan bahawa kesepakatan dalam pakej rangsangan AS akan dapat dicapai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat