Mengapa Laporan Minit Mesyuarat FOMC Gagal Merangsang Pasaran?

508

Minit mesyuarat yang dikeluarkan oleh Federal Reserve (Fed) awal pagi tadi gagal menarik perhatian pasaran berikutan tumpuan mereka yang lebih tertumpu kepada perkembangan rundingan perdagangan yang telah banyak membawa kesan dalam pergerakan pasaran.

Antara isu yang digariskan dalam minit tersebut adalah mengenai ketidaktentuan dalam pasaran wang baru-baru ini yang menarik perhatian ahli mesyuarat dan mendorong bank pusat untuk bertindak.

Dokumen itu menunjukkan bahawa pembuat dasar masih melihat risiko tercetus daripada faktor luaran iaitu ketegangan perdagangan, geopolitik dan ekonomi global serta tidak bersetuju bahawa ekonomi sedang menuju kemelesetan.

Kebanyakan pembuat dasar Fed percaya bahawa pemotongan kadar sebanyak 25 mata asas adalah perlu setelah mengambil kira mengenai prospek ekonomi, pengurusan risiko dan objektif inflasi dengan turut menyatakan ekonomi negara masih dalam keadaan yang baik walaupun timbul pelbagai risiko.

Bagaimanapun, antara perkara yang masih tidak jelas dalam minit mesyuarat ini adalah bagaimana kelemahan dalam data ekonomi sejak mesyuarat itu diadakan, akan memberi kesan kepada keperluan untuk pemotongan kadar selanjutnya.

Dalam unjuran yang mengiringi kenyataan itu, tujuh daripada 17 pembuat dasar Fed meramalkan terdapat satu lagi penurunan kadar pada tahun ini manakala lima pembuat dasar tidak melihat sebarang pengurangan diperlukan dan lima lagi mengunjurkan bahawa terdapat kenaikan kadar menjelang akhir tahun ini.

Sejak mesyuarat tersebut diadakan, data-data ekonomi yang mengecewakan telah meningkatkan kebimbangan bahawa kesan perang perdagangan telah banyak menjejaskan aktiviti ekonomi secara meluas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat