Menjelang Data CPI UK & Mesyuarat BOE, GBP/USD Mula Berundur Turun

200

Ketika Euro papar prestasi cemerlang semalam, sebaliknya berlaku pada mata wang Pound Sterling apabila didagangkan menyusut kembali berbanding US dolar.

Pound dilihat gagal mengekalkan momentum pengukuhannya pada minggu lalu hingga bersambung pada awal minggu ini ketika US dolar masih bergerak tak menentu menuju ke mesyuarat FOMC.

Pelabur Pound juga turut berwaspada menjelang mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada Khamis esok sementara pada sesi Eropah hari ini, tumpuan akan terarah dahulu kepada terbitan data inflasi UK.

Jika diteliti carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga telah memaparkan corak penurunan semalam sekitar 100 pips.

Bermula dari paras 1.22800 pada permulaan sesi Asia semalam, harga telah susut sehingga mencecah 1.21800 sebelum melantun semula sedikit menutup dagangan sesi New York.

Penurunan yang dipamerkan itu dilihat menguji kembali zon RBS (resistance become support) 1.22000 seperti yang dijangkakan penganalisis.

Walaupun harga melantun perlahan semula di atas zon tersebut, pergerakan harga yang telah mula berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD mengundang isyarat awal perubahan trend bearish bakal berlaku.

Situasi akan lebih jelas sekiranya harga menyusut turun di bawah zon RBS 1.22000 tersebut sebelum melanjutkan penurunan ke 1.21000.

Seterusnya, zon tumpuan 1.2000 akan kembali menjadi sasaran pada penurunan yang diteruskan seperti situasi yang berlaku minggu lalu.

Namun jika harga berjaya melantun tinggi semula dari zon 1.22000, rintangan pada zon 1.23000 akan kembali menjadi tumpuan untuk diuji sekali lagi.

Harga berkemungkinan mampu catatkan paras tertinggi terbaru lagi untuk tempoh dagangan 7 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat