Menjelang Data Ekonomi Eropah, EUR/USD Bakal Menjunam?

493

Sentimen pasaran pada Khamis menunjukkan sedikit pemulihan dengan kenaikan pada harga minyak mentah namun masih lagi bergerak di paras yang rendah membuatkan pelabur kekal berhati-hati.

Ini berkemungkinan akan mengurangkan momentum pengukuhan bagi US dolar selepas mempamerkan prestasi cemerlang pada awal minggu.

Matawang Eropah pula pada hari ini dijangka berisiko menjelang data PMI pembuatan dan perkhidmatan di zon Eropah untuk  bulan April di mana ramalan data secara keseluruhannya adalah menurun.

Ini akan terus menambahkan tekanan buat matawang Euro pada dagangan penghujung minggu di samping pelabur menantikan perkembangan perbincangan Kesatuan Eropah (EU) berkenaan pelaksanaan yang akan diambil untuk membantu ekonomi yang terjejas akibat penularan pandemik.

Secara teknikal, pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD telah kembali menunjukkan penurunan yang ketara pada sesi New York semalam mencecah 80 pips selepas kenaikan pada sesi sebelumnya.

Harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD telah melepasi paras terendah minggu lalu.

Memulakan dagangan awal sesi Asia pagi ini di sekitar paras 1.0820, harga menunjukkan tanda-tanda penurunan dengan jangkaan data ekonomi Eropah yang akan diterbitkan lemah mendorong penurunan lebih rendah harga.

Jika harga meneruskan penurunan, paras support pada 1.0770 akan menjadi destinasi tumpuan yang gagal ditembusi ketika diuji pada awal April lalu.

Harga yang berjaya melepasi paras tersebut akan menuju zon support lebih rendah ke sekitar 1.07400 dan mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu.

Namun jika kenaikan harga kembali berlaku semula, harga yang melepasi halangan dinamik MA50 akan menguji paras resistance mingguan hampir di sekitar 1.0900 sebelum kenaikan lebih tinggi akan menuju zon SBR (support become resistance) di atas paras 1.0920.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat