Harga Minyak Kembali Stabil, Data Ekonomi Eropah Pula Jadi Tumpuan

350

US dolar terus mengekalkan pengukuhannya berbanding matawang utama lain, ketika dagangan minyak mentah kembali stabil selepas dua hari mengalami kejatuhan ke paras terendah, sementara tumpuan pasaran beralih kepada penerbitan data ekonomi dari Eropah pada petang ini.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama, diniagakan menguat pada 100.39.

Sementara euro pula jatuh ke paras terendah dua minggu berbanding US dolar menjelang mesyuarat Kesatuan Eropah (EU) yang akan diadakan hari ini untuk memutuskan tindakan yang bakal diambil oleh blok itu untuk melindungi ekonomi yang terkesan akibat COVID-19.

Terdahulu, Bank Pusat Eropah (ECB) telah bersetuju untuk menerima bon berisiko (junk bonds), yang seharusnya menjadi faktor positif bagi euro, tetapi pelabur memutuskan untuk menunggu perincian mengenai tindak balas fiskal.

Matawang pound pula diniagakan mendatar berbanding USD sementara tumpuan terarah kepada penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan bagi bulan April dari Zon Eropah dan UK yang dijangka akan memaparkan kemerosotan susulan penutupan aktiviti ekonomi bagi membendung penularan coronavirus.

Selain itu, dolar Aussie kembali susut selepas mencatat peningkatan berikutan data jualan runcit Australia pada Mac yang memberangsangkan, disokong oleh pembelian panik susulan penguatkuasaan perintah berkurung.

Di sisi lain, harga minyak mentah kembali meningkat dengan niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat masih lagi diniagakan di bawah paras harga $15 setong, sementara minyak Brent pula menokok kepada $20.73 setong.

Dolar Kanada mula memaparkan sedikit peningkatan namun pergerakannya dibataskan oleh bacaan data inflasi Kanada pada bulan Mac yang jatuh ke paras terendah 5 tahun berikutan kejatuhan harga minyak mentah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat