Data Inflasi Kanada Merosot Kepada Paras Terendah 5 Tahun Pada Bulan Mac! Ini Pandangan Penganalisis!

302

Kadar inflasi tahunan Kanada jatuh ke paras terendah 5 tahun lalu pada bulan Mac iaitu pada bacaan 0.9% berikutan sebahagiannya disebabkan krisis Covid-19 dan perang bekalan minyak sehingga menyebabkan harga minyak jatuh menjunam.

Berdasarkan tijauan Reuters, penganalsis meramalkan kadar faedah akan mencatat pada bacaan 1.2% pada bulan Mac iaitu jatuh sedikit daripada bacaan bulan Februari yang mencatat bacaan pada 2.2%. Tanpa mengira harga minyak dalam perkiraan, kadar inflasi tahunan adalah pada 1.7% pada bulan Mac.

Ahli ekonomi utama di Actions Economics, Ryan Brecht berpendpat bahawa CPI Kanada menyaksikan penguncupan yang mendadak pada bulan Mac dan ial lebih ketara dari yang dijangkakan berikutan perintah berkurung dan kejatuhan harga minyak.

Kadar inflasi keseluruhan adalah yang terendah iaitu pada 0.9% sepertimana yang dicatatkan pada Mei 2015. Bank of Canada pada minggu lalu mengatakan kadar inflasi terdapat kemungkinan untuk jatuh pada sekitar 0% mahupun negatif pada suku tahun kedua.

Pentadbiran Kanada telah memerintahkan agar perniagaan yang bukan teras ditutup dan orang ramai dinasihatkan agar tetap tinggal di rumah sejak pertengahan Mac sebagai usaha membendung penularan wabak Covid-19.

Jabatan Statistik Kanada mengatakan pada hari Rabu bahawa pengumpulan data bulan Mac sebahagian besarnya tidak terjejas oleh wabak Covid-19. Dolar Kanada mengukuh kepada paras $ 1.4130 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat