Menjelang Mesyuarat ECB, Euro Terlebih Dahulu Berundur Angkara Krisis Di Itali

529

Detik-detik yang dinantikan hampir tiba di mana Bank Pusat Eropah (ECB) akan menaikkan kadar faedahnya buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun pada mesyuarat polisi yang akan berlangsung sebentar lagi.

Dengan jangkaan baharu kenaikan sebanyak 50 mata asas, pelabur kini mengurangkan pegangan terhadap mata wang euro sebagai langkah berhati-hati selain turut terkesan dengan peletakan jawatan Mario Draghi sebagai Perdana Menteri Itali.

Hal ini kerana, ECB sebelum ini telah berulang kali mengatakan untuk meningkatkan kadar sebanyak 25 mata asas sebagai langkah pertamanya dalam memulakan langkah pengetatan.

Berikutan tekanan inflasi Zon Eropah dan global yang semakin tinggi serta prospek menyuramkan ekonomi di tengah krisis tenaga dengan Eropah, ECB perlu mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kestabilan pasaran.

Peletakan jawatan terbaharu daripada Mario Draghi pastinya meningkatkan lagi tekanan buat ECB apatah lagi negara itu kini dihimpit oleh krisis hutang yang meruncing di tengah-tengah kenaikan kadar oleh bank pusat.

Di sebalik kemerosotan euro,  indeks dolar kembali menguat di atas harga 107.00 berbanding mata wang utama pada sesi Eropah dengan pelabur menantikan data tuntutan pengangguran AS pada sesi seterusnya.

Penyusutan mata wang pound turut disaksikan susulan pengukuhan semula US dolar, dengan tumpuan pelabur kini terarah kepada data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK pada hari Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat