Menteri Tenaga Arab Saudi ‘Selesa’ Dengan Peningkatan Harga Minyak?

257

Dagangan minyak mentah terus maju lebih tinggi pada pembukaan pasaran awal minggu dengan pergerakan harga kini dilihat semakin menghampiri paras tertinggi tahun 2021.

Pada awal sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan meningkat pada $86.50 setong, sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula menguat pada $84.45 setong.

Kedua-dua penanda aras berada di sekitar paras tertinggi 2021 selepas Brent meningkat lebih 5% dan WTI naik lebih 6% pada minggu lalu.

Mengulas mengenai harga semasa, Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Salman nyata tidak terganggu dan mengatakan beliau ‘sentiasa selesa’ dengan harga minyak.

Beliau turut menambah bahawa ia adalah hak pentadbiran Amerika Syarikat sekiranya mahu melepaskan bekalan daripada rizab petroleum strategik bagi mengurangkan harga minyak mentah.

Ini menunjukkan pendirian Arab Saudi bahawa ia tidak akan mengeluarkan minyak tambahan untuk menurunkan harga meskipun didesak oleh Presiden AS Joe Biden.

Terdahulu pada bulan November, pentadbiran Biden mengumumkan pengeluaran kira-kira 50 juta tong minyak dari rizab simpanan kecemasannya. Ini turut disepakati bersama pengguna utama lain seperti China, India dan Korea Selatan untuk memerangi kenaikan kos bahan bakar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat