Menyumbang $708 Juta, BTC Memacu Keuntungan Pasaran Kripto!

208

“Jangan pandang rendah dengan BTC, kripto itu penyumbang terbesar dalam pasaran tau.”

Pasaran mata wang kripto semakin berkembang apabila keuntungan sebahagian besarnya disebabkan pelaburan dalam Bitcoin (BTC) di mana harganya menggunung hampir $44,000 pada 30 Januari 2024 sebelum merudum semula di bawah $43,000.

Menerusi pemerhatian, aliran masuk dalam pasaran kripto berjumlah $708 juta tetapi perlu diketahui juga BTC menyumbang 99% iaitu $703 juta daripada semua aliran masuk sektor aset digital pada minggu 29 Januari 2024.

Aliran masuk ke dalam semua produk dagangan bursa mencecah $8.2 bilion, turun daripada $10.6 bilion pada minggu sebelumnya dan Amerika Syarikat (AS) menyaksikan aliran masuk paling banyak kira-kira $721 juta.

Sementara pasaran AS bagi BTC ETF telah melihat kemasukan $1.7 bilion daripada $1.9 bilion susulan GBTC jual $926.7 juta BTC dan ProShares $108.9 juta BTC, bagaimanapun aliran keluar itu tidak terkesan sangat disebabkan iShares BlackRock serta Fidelity ETF yang menambah $1.6 bilion.

Suka dimaklumkan blockchain Solana (SOL) mengatasi pesaingnya dengan kemasukan $13 juta berbanding Ethereum (ETH) yang mengalami aliran keluar sebanyak $6.4 juta dan $1.3 juta Avalanche (AVAX).

Dilaporkan, Kanada melihat aliran keluar terbesar lebih $31.3 juta manakala Sweden menduduki tempat kedua dengan aliran keluar $8.2 juta tetapi Switzerland memulih secara drastik susulan $59.8 juta dikeluarkan dua minggu lalu kemudian masuk $20.9 juta pada minggu lepas.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 0.65% pada paras $42,641 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $836 bilion namun masih mencatatkan penyusutan 1.86% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat