Merah Berdarah, Pasaran Kripto ‘Berkocak’ Selepas FOMC!

494

Bitcoin melonjak hampir ke paras $44,000 semalam namun membuat U-turn dan ditarik kembali ke paras harga $42,000 apabila Bank Pusat Amerika Syarikat menahan daripada membuat perubahan kepada dasar monetari.

Solana adalah antara yang paling lemah dalam tempoh yang sama, dengan merosot sebanyak 5% dan didagangkan pada paras harga $95.

Pada minggu yang lalu, BTC mencapai paras terendah pada $38,500 apabila sentimen kelulusan ETF kian pudar. Sejak itu, pembeli kekal sebahagian besar berada di dalam kawalan dan memacu beberapa kenaikan harga.

Puncaknya berlaku pada awal minggu perniagaan apabila Bitcoin melonjak ke $43,750. Walau bagaimanapun, paras rintangan tersebut gagal untuk ditakluki menyebabkan harga BTC jatuh menjunam.

Kejatuhan harga ini berlaku apabila Pengerusi Bank Pusat Amerika Syarikat, Jerome Powell mengumumkan bahawa Fed tidak akan melakukan perubahan utama dalam strategi monetari bank pusat apabila ia melibatkan kadar faedah. Oleh itu, kadar faedah akan kekal pada paras tertinggi beberapa dekad iaitu lebih 5%.

BTC jatuh kepada $42,000 tetapi berjaya mempertahankan paras itu dan didagangkan sedikit di atasnya $42k. Modal pasaran BTC berada pada $825 bilion, dan dominasinya ke atas altcoin hanyalah lebih 51%.

Kebanyakan mata wang kripto alternatif juga berada dalam keadaan merah hari ini, dengan ETH merosot sebanyak 2.5% dan didiagangkan di bawah $2,300. BNB telah merosot di bawah $300 selepas penurunan harian yang kecil. Ripple, Cardano, Avalanche, Polkadot, dan Chainlink juga mengalami kerugian harian.

Solana dan Polygon telah mengalami penurunan terbesar dari altcoin bermodal besar dari segi saiz pasaran. Kedua-dua aset ini merosot lebih daripada 5%. Akibatnya, SOL cuba pertahankan harga pada $95, manakala MATIC berada di bawah $0.8.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat