Mesin ATM Mata Wang Kripto Di Singapura Ditarik Balik?

1,011

Pelabur kripto di Singapura gelisah apabila dikhabarkan mesin ATM mata wang kripto telah ditangguhkan perkhidmatannya atas permintaan daripada Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Selasa.

Pengendali mesin terbesar Singapura, Daenerys & Co mendedahkan sebanyak lima mesin yang terletak di sekitar pusat beli-belah terpaksa dihentikan berdasarkan garis panduan terbaharu daripada MAS.

Sedia maklum, kehadiran ATM mata wang kripto adalah untuk memudahkan pelabur membuat pembelian koin Ethereum (ETH) dan Bitcoin (BTC) dengan pantas sebagaimana ciri yang ditawarkan mesin ATM tunai.

Bagaimanapun, agensi penyelia tersebut tidak bersetuju dengan konsep perdagangan kripto yang cepat dan mudah, lagi-lagi pelabur berpotensi untuk membuat pelaburan mengikut emosi.

Perkhidmatan ATM mata wang kripto akan dihentikan sementara sehingga bank pusat memberi penjelasan dan membuat keputusan.

Walaupun Singapura dianggap sebagai salah satu negara yang mesra kripto, tetapi pihak penyelia khuatir jika pelabur berhadapan dengan kerugian kerana ketidaktentuan harga pasaran ini.

Selain Singapura, United Kingdom (UK) juga tidak berkompromi dengan dengan pasaran kripto.

Selepas ‘menghalau’ Binance, dikhabarkan UK sedang bersedia untuk mengetatkan lagi promosi mata wang kripto di negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat