Noktah! Binance Tetap Mahu Bertapak Di UK Sebagai ‘Binance.UK’

229

Bursa mata wang kripto, Binance merancang untuk tembus dalam pasaran United Kingdom (UK) walaupun berhadapan dengan sekatan operasi pada awal tahun ini.

Rancangan itu akan direalisasikan dalam tempoh enam hingga 18 bulan, menjadikan Binance sebagai syarikat kripto berdaftar di negara itu.

Jelas CEO Binance, Changpeng Zhao, mereka sedang dalam pertimbangan untuk menubuhkan firma khusus untuk beroperasi di UK, sama seperti Binance.US.

Beberapa syarat yang perlu dipatuhi Binance, antaranya: 1/ patuh dengan undang-undang penggubahan wang haram, dan 2/ pengawalan kewangan keganasan.

Jika Binance patuh dengan undang-undang yang dikenakan, ini akan membolehkan Binance meluaskan lagi rangkaian produknya di seluruh UK terutama produk niaga hadapan dan derivatif.

Sebagai rekod, Financial Conduct Authority (FCA) UK telah memberi amaran kepada Binance untuk menghentikan operasi, termasuk menarik semula kebenaran pengiklanan kripto.

Ekoran daripada itu, Binance berusaha melantik beberapa pekerja yang berkait rapat dengan undang-undang untuk mengisi firma yang berpangkalan di negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat