Binance Tersepit Operasinya Dihentikan Di UK Serta-Merta!

4,510

Setelah berdepan dengan tindakan tegas daripada Afrika Selatan dan Jepun, pertukaran kripto Binance terpaksa menghentikan operasinya atas perintah kerajaan United Kingdom (UK).

Menurut Financial Conduct Authority (FCA) dalam pengumumannya, “Binance Markets Limited tidak dibernarkan untuk menjalankan sebarang aktiviti sah di UK.”

Agensi tersebut turut memberi amaran untuk tidak membuat pelaburan dalam aset kripto terutama melibatkan pertukaran yang tidak disahkan oleh FCA.

Boleh dikatakan hampir kesemua platform pertukaran di UK tidak berdaftar di bawah FCA dan jika ada segelintir pelabur yang masih berdegil, mereka mungkin tidak dapat mengakses Financial Ombudsman Service atau Financial Services Compesation Scheme jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Bagaimanapun, Binance menyangkal kenyataan FCA dengan jaminan tiada impak langsung terhadap perkhidmatan yang ditawarkan di Binance.com memandangkan Binance Markets Ltd. merupakan entiti sah yang berasingan dan tidak menawarkan produk atau perkhidmatan apa pun melalui laman web tersebut.

Pada masa yang sama, Binance telah membuat pengumuman untuk keluar dari salah satu pasaran utama, Kanada secara efektif pada Jumaat, 12 tengahhari waktu tempatan. Penggunanya di Ontario diberi tempoh masa sehingga hujung 2021 untuk menutup kesemua perdagangan aktif.

Mungkin keputusan mendadak itu diambil berikutan daripada pengawasan tegas penyelia sekuriti, Ontario Securities Commission (OSC) terhadap Kucoin pada awal Jun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat