Transaksi Binance Disekat Bank?

3,467

Binance mungkin tidak bernasib baik kerana Absa Bank yang berpangkalan di Afrika Selatan telah menyekat kliennya daripada melakukan transaksi melalui satu notifikasi: “Penguncian sementara diaktifkan bagi pembelian dalam talian untuk kad kredit yang berakhir dengan ****.

Jelas Absa, sekatan tersebut berkuatkuasa bermula Jumaat dan tindakan yang dikenakan adalah kerana Binance didapati tidak mematuhi peraturan.

Sementara itu, dari pihak Binance pula mendedahkan bukan sahaja Absa Bank bertindak demikian, sebaliknya melibatkan keseluruhan industri di negara itu. Malah, bukan mereka sahaja yang menerima nasib itu tetapi juga beberapa firma matawang digital lain.

Apa yang mendorong mereka bertindak tegas adalah susulan daripada kenyataan Bank TSB di United Kingdom (UK) berpendapat Binance memiliki ciri keselamatan yang lemah, membolehkan berlakunya aktiviti penipuan.

Dalam tempoh antara 15 Mac shingga 15 April, TSB telah menerima 849 aduan berkaitan Binance. TSB cuba menghubungi Binance untuk menyelesaikan isu tersebut namun mereka gagal bekerjasama.

Binance menyangkal dakwaan tersebut: “Sekatan ini mungkin ada kaitan dengan peraturan yang digariskan oleh Bank Rizab Afrika Selatan dan peraturan pertukaran asing.

Afrika Selatan dilihat mahu lebih berhati-hati. Manakan tidak, baru-baru ini sebuah syarikat kripto, Africrypt mendakwa $4 bilion hasil pelaburan kripto telah dicuri. Firma itu kemudian meminta tiada sebarang aduan dilakukan kerana akan menyukarkan situasi untuk mereka mendapatkan semula dana tersebut.

Tidak cukup dengan itu, satu lagi skim penipuan Bitcoin di negara itu dilakukan oleh Mirror Trading International, melibatkan ratusan juta dolar dari pelabur tempatan dan antarabangsa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat