KuCoin Terima Tindakan Undang-Undang!

1,475

Agensi penguatkuasaan Kanada, Ontario Securities Commission (OSC) telah mengenakan tindakan undang-undang ke atas platform pertukaran KuCoin dan dua firma induk, Mek Global dan PhoenixFin.

Difahamkan KuCoin dan firma tersebut gagal menghubungi agensi pada 19 April, iaitu tarikh akhir pendaftaran dengan pihak berkuasa.

OSC menjelaskan KuCoin telah gagal memenuhi syarat pendaftaran, mengakibatkan perdagangan sekuriti yang tidak sah.

Untuk pengetahuan, Kanada telah mengetatkan undang-undang di mana pertukaran matawang kripto perlu didaftar atau jika tidak, aktiviti perdagangannya akan disekat serta-merta.

Pihak berkuasa Kanada melihat kedudukan pertukaran aset kripto atau digital setara dengan pertukaran sekuriti. Ini bermakna sejumlah matawang digital berada di bawah undang-undang yang sama seperti komoditi.

Selain KuCoin, pertukaran kripto tempatan, Poloniex turut dikenakan tindakan yang sama pada hujung Mei lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat