Mesir Sediakan Penempatan Di Sempadan Gaza, Lindungi Rakyat Palestin

230

Terbaru, kerajaan Mesir sedang menyediakan kawasan di sempadan Gaza yang boleh menampung penduduk Palestin sekiranya serangan Israel ke atas Rafah menjadi punca penghijrahan yang mampu melepasi sempadan.

Negara-negara Arab seperti Jordan dan Mesir sering menyuarakan kebimbangan bahawa serangan Israel yang memusnahkan Gaza boleh memaksa penduduk Palestin menuju ke arah Sinai. Walau bagaimanapun, Mesir menafikan sebarang persiapan buat rakyat Gaza bagi menembusi sempadan negara mereka.

Sementara itu, Amerika Syarikat telah berulang kali menyatakan ia akan menentang sebarang perpindahan penduduk Palestin keluar dari Gaza.

Mesir kini konsisten melaksanakan perundingan untuk mencapai gencatan senjata bagi mengelakkan sebarang senario yang tidak ingini berlaku. Namun, kewujudan penempatan di kawasan sempadan adalah langkah yang bersifat sementara.

Dalam satu kenyataan Israel, mereka akan melancarkan serangan untuk menghapuskan ‘kubu pertahanan terakhir’ Hamas di Rafah di mana kini lebih daripada 1 juta rakyat Palestin telah berlindung di situ.

Kata mereka, tentera Israel sedang merangka rancangan untuk memindahkan orang awam dari Rafah ke bahagian lain di Semenanjung Gaza.

Menurut agensi PBB untuk pelarian Palestin, kira-kira 1.5 juta rakyat Palestin kini berada di Rafah iaitu separuh daripada penduduk Semenanjung Gaza.

Rejim Zionis itu akan memperluaskan serangannya ke Rafah untuk menghapuskan Hamas. Sejak Oktober lepas, lebih 28,000 orang awam terbunuh termasuk wanita dan kanak-kanak dalam serangan mereka ke atas Gaza.

Nasib penduduk Palestin yang berada di Rafah kini dalam kebimbangan disebabkan oleh amaran desakan serangan itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat