Mesyuarat FOMC: Fed Sedia Naikkan Kadar Faedah Lagi!

985

Menepati jangkaan meluas, Federal Reserve (Fed) memutuskan untuk kekal dengan kadar faedah tidak berubah pada julat 5.25%-5.50% pada mesyuarat FOMC September.

Pun begitu, kenyataan susulan Pengerusi Fed Jerome Powell memberi indikasi bahawa kadar faedah akan kekal tinggi untuk tempoh lebih lama.

Berikut merupakan rincian daripada kenyataan Powell susulan keputusan tersebut.

  • Kesan penuh pengetatan setakat ini masih belum dapat dirasai.
  • Terdapat sedikit perubahan inflasi pada bulan Jun disebabkan peningkatan harga tenaga.
  • Inflasi kekal jauh melebihi sasaran 2% dan bank pusat terus komited terhadap sasaran ini.
  • Keputusan seterusnya akan berdasarkan penilaian data dan risiko.
  • Pertumbuhan dalam KDNK benar (real GDP) telah melebihi jangkaan.
  • Perbelanjaan pengguna kekal kukuh.
  • Permintaan dan bekalan pasaran buruh mencapai keseimbangan yang lebih baik.
  • Dot plot’ menunjukkan majoriti ahli Fed menjangkakan akan ada satu lagi kenaikan kadar pada tahun ini, dan kekal tinggi sehingga tahun 2024.
  • Soft landing’ bukanlah ramalan garis dasar Fed.
  • Fed tidak mahu membuat spekulasi tentang bila pemotongan kadar akan dibuat, mengatakan masa yang sesuai akan tiba.
  • Mogok, penutupan kerajaan, penyambungan semula pembayaran pinjaman pelajar dan kadar jangka panjang lebih tinggi antara risiko untuk inflasi meningkat.

Susulan daripada kenyataan di atas dapat dilihat bahawa Federal Reserve masih berpegang kepada pendirian untuk mengetatkan dasar.

Terdapat jangkaan untuk satu lagi kenaikan kadar pada tahun ini, yang mungkin dilaksanakan pada mesyuarat November.

Keluaran data-data ekonomi akan datang bakal dijadikan panduan untuk menentukan jangkaan kepada Fed seterusnya. 

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat