Meta Tawarkan Pilihan Untuk Pekerjanya Tak Datang Pejabat

273

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih betul?

Meta Platforms Inc yang dahulunya Facebook menyatakan kesediaan mereka untuk membuka pejabatnya di Amerika Syarikat (AS) pada 31 Januari tahun depan sementara memberi peluang kepada para pekerjanya untuk menangguhkan kedatangan mereka selama 3 ke 5 bulan.

Menurut kenyataan dari pihak Meta, gergasi media sosial tersebut memperkenalkan ‘program penangguhan ke pejabat’ bagi memastikan pekerjanya mempunyai fleksibiliti untuk kembali ke pejabat.

Tambahnya lagi, ia akan berpegang kepada rancangan asalnya bahawa pekerja yang boleh bekerja dari rumah boleh meminta untuk bekerja dari rumah sepenuh masa.

Jenelle Gale, naib presiden bahagian sumber manusia syarikat berkata mereka menyedari sesetengah pekerjanya masih belum bersedia untuk kembali ke pejabat dan mereka menawarkan pilihan kepada mereka untuk memilih yang mana paling sesuai bagi mereka.

Keputusan Meta tersebut dibuat ekoran banyak syarikat di AS menolak tarikh kembali ke pejabat kerana kebimbangan terhadap penyebaran varian coronavirus Omicron.

Terdahulu, Alphabet Inc telah menangguhkan pelan pulang ke pejabat pada Januari secara global berkenaan kebimbangan Omicron semakin meningkat dan mandat vaksinasi oleh syarikat-syarikat.

Dalam pada itu, Meta akan terus memantau dengan meneliti trend varian Omicron kerana syarikat itu buat masa ini memerlukan semua pekerjanya di AS datang ke pejabat untuk divaksinasi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat