Mexico Hanya Akan Kekal di dalam Perjanjian NAFTA Sekiranya Ia Menguntungkan!

48

Mexico berkata pada hari Selasa bahawa ia akan kekal di dalam NAFTA sekiranya bersesuaian. Negara itu juga menentang sebarang tarif dan kuota selepas ia dirundingkan semula oleh Presiden Trump demi memberi manfaat kepada Amerika Syarikat.

Trump juga sebelum ini memberi amaran bahawa AS akan meninggalkan NAFTA sekiranya perjanjian itu tidak memberi manfaat buat Amerika. Menurut Menteri Luar Mexico, Luis Videgaray, Mexico tidak akan menerima perubahan untuk mengehadkan perdagangan dan menyifatkan mereka akan kekal sekiranya syarat-syarat di dalam perjanjian itu bersesuaian dengan mereka.

Beliau berkata demikian sehari selepas lawatan Setiausaha AS dan Setiausaha Keselamatan dalam Negeri ke Mexico disamping mengekalkan pendirian Mexico untuk membantah dasar perdagangan dan imigresen di bawah pentadbiran Trump.

Presiden Republik itu telah menimbulkan kemarahan rakyat Mexico apabila Trump dikatakan akan membina tembok sempadan selain mengenakan tarif kepada barangan dari Mexico. Mexico juga dipaksa untuk menanggung kos untuk membina dinding sempadan itu.

Mexico juga tidak akan berdiam diri sekiranya Trump meneruskan rancangan beliau.

Videgaray yang mengetuai diplomasi Mexico dengan Trump berkata bahawa rundingan perdagangan hanya akan dimulakan pada Jun nanti.

Jepun Ada Perkara Penting Yang Ingin Disampaikan Kepada AS dalam Dialog Ekonomi Nanti!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat