Miami Contoh Bandar Kripto? Datuk Bandar Sedia Agihkan BTC Kepada Penduduk Miami!

896

Francis Suarez, datuk bandar Miami komited untuk menjadikan bandar beliau sebagai badar impian komuniti kripto. Dalam perkembangan terbaru, beliau mengumumkan bahawa beliau sedang mengusahakan program untuk memberikan Bitcoin percuma kepada penduduk Miami.

Dalam salah satu temu bual, Suarez menjelaskan bahawa beliau sedang mencari jalan untuk mengagihkan sebahagian daripada hasil Miami Coin kepada penduduk Miami.

Miami Coin ialah mata wang kripto yang bertujuan untuk meningkatkan pembangunan bandar dengan membiayai projek strategik. Pada masa yang sama, aspek pentadbiran dan politik diuruskan secara langsung oleh bandar Miami.

Setakat ini, Suarez mendakwa telah berjaya mengumpulkan kira-kira $21 juta daripada penjualan token Miami Coin. Ramai dalam kalangan pembeli, membeli Miami Coin adalah menjangkakan ganjaran seperti menerima faedah tertentu yang berkaitan dengan pelaburan mereka.

Perkembangan terkini menunjukkan bahawa Suarez bukan sahaja ingin mengagihkan sebahagian daripada pulangan token kepada pemegang Miami Coin namun juga kepada kumpulan yang lebih meluasa dengan memberikan dompet Bitcoin kepada semua orang di Miami dan memberikan beberapa nialain kripto dalam BTC sebagai pendapatan pasif.

“Kami akan mencipta dompet digital untuk penduduk kami, dan kami akan memberi mereka Bitcoin terus daripada hasil MiamiCoin.” – Francis Suarez.

Jika El-Salvador beraning mengambil langkah berani menjadikan BTC sebagai legal tender yang sah maka Miami disisi lain cuba untuk menjadikan sebuah bandar kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat