Microsoft Siasat Bill Gates

2,522

Microsoft dilaporkan melakukan siasatan terhadap pengasasnya, Bill Gates berhubung dakwaan cubaan beliau melakukan hubungan intim dengan seorang pekerja wanita pada tahun 2000.

Menurut laporan BBC, syarikat berkenaan menjalankan siasatan terbabit sebelum Gates melepaskan jawatannya daripada lembaga pengarah tahun lalu.

Jurucakap kepada Gates menafikan keputusan beliau meletakkan jawatan mempunyai kaitan dengan siasatan berkenaan.

Laporan mengenai siasatan itu tercetus selepas Gates dan isterinya, Melinda mengumumkan keputusan untuk bercerai selepas berkahwin selama 27 tahun.

Semalam, jurucakap Microsoft mengatakan syarikat itu telah menerima aduan pada akhir 2019 bahawa Gates cuba mengadakan hubungan intim dengan pekerja terbabit.

Tambah laporan tersebut, Microsoft memaklumkan telah menjalankan siasatan dengan firma undang-undang dan memberikan sokongan kepada pekerja yang membuat aduan itu.

“Jawatankuasa lembaga pengarah meneliti aduan tersebut, dibantu oleh firma undang-undang untuk menjalankan siasatan menyeluruh.

“Sepanjang siasatan, Microsoft memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pekerja yang membuat aduan berkenaan,” kata jurucakap tersebut.

Wall Street Journal menerusi laporannya pada Ahad lalu, memetik kenyataan lembaga pengarah Microsoft, syarikat itu telah memutuskan tingkah laku Gates adalah tidak wajar dan beliau perlu melepaskan jawatannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat