MicroStrategy Kaut Lagi 16K BTC, Harga Dijangka Bullish?

388

“Disiplin yang perlu dicontohi, MicroStrategy tetap beli BTC walaupun pasaran kripto tidak menentu.”

Michael Saylor, pengerusi firma risikan perniagaan MicroStrategy berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) sekali lagi mengumumkan pemerolehan 16,130 mata wang kripto Bitcoin (BTC) bernilai $593.3 juta semasa harganya berada pada $36,785.

Sehingga 29 November 2023, MicroStrategy yang secara keseluruhannya memegang 174,530 BTC berharga $5.28 bilion telah mengukuhkan statusnya sebagai firma paling bullish terhadap BTC di Wall Street.

Memang tidak dinafikan MicroStrategy telah melaporkan kerugian bersih $143.4 juta pada pendapatan suku kedua, tetapi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Phong Le yang tetap membeli BTC berkata bahawa strategi pelaburannya sama sekali tidak terancam.

Semasa dalam podcast, Saylor menggelar BTC sebagai “emas kripto kejuruteraan yang sempurna” susulan potensinya sebagai penyimpan nilai dan lindung nilai terhadap inflasi berbanding aset tradisional.

Melabur dalam bon pula adalah sangat tidak menguntungkan, ulas Saylor sambil menambah bahawa beliau akan terus membeli BTC untuk tidak memusnahkan mata pencarian semua pekerjanya jika pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell menaikkan kadar faedah.

Umum mengetahui Bitcoin Marxist telah menyerlahkan kekurangan dan ketahanan BTC sebagai dua faktor yang menjadikan kripto utama adalah alternatif lebih baik pada beberapa strategi pelaburan tradisional termasuk saham dan emas.

Oleh demikian, pelabur perlu memberi perhatian terhadap pergerakan harga BTC yang mungkin naik ditambah pula MicroStrategy telah melihat keuntungan ketara disebabkan pelaburannya yang sangat besar dalam aset digital itu.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 0.53% pada paras $37,922 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $741 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 1.33% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat