Mike Novogratz Ramal BTC Bakal Ke 40K Pula!

361

“Baguslah CEO sorang ni, tak pernah berfikiran negatif terhadap BTC.”

Mike Novogratz, pelabur tegar mata wang kripto dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Galaxy Digital meramalkan Bitcoin (BTC) bakal mencapai $40,000 sekiranya Federal Reserve (Fed) menghentikan kenaikan kadar faedah.

Beliau turut berkata bahawa emas, euro, BTC dan Ethereum (ETH) berpotensi untuk melonjak lebih tinggi pada masa hadapan apabila Fed beralih ke arah memperlahankan pengetatan monetari dan tidak bertindak begitu agresif.

Susulan BTC berjaya melepasi $30,000, Novogratz menjangkakan harga aset digital tersebut akan meningkat hingga ke paras $40,000 ataupun lebih lagi namun ia masih perlu bergantung pada langkah Fed seterusnya.

Sementara itu, beliau berpandangan ekuiti BTC akan kekal terikat dalam julat pada tahun ini kerana para pelabur mungkin tidak berminat melabur dalam aset digital tersebut ekoran harganya yang agak tinggi menjadikannya sukar untuk dibeli.

Terdahulu semasa temu bual bersama CNBC, Novogratz pernah menyatakan bahawa harga BTC mampu lonjak melebihi $30,000 sambil menambah kenaikan tersebut mungkin datang daripada komuniti kripto dan bukannya pemain institusi utama.

Meskipun begitu, pelabur haruslah berhati-hati juga dengan ramalan terbaru Novogratz berikutan masih tidak pasti sama ada ia akan menjadi kenyataan ataupun tidak.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC mencanak sebanyak 1.52% pada paras $30,609 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $591 bilion dan mencatatkan keuntungan 9.20% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat