Millennium Management Labur $2 Bilion, Jadi Pemegang Terbesar IBIT & FBTC!

125

“Pergh terbaiklah, agaknya lepas ni ada ke yang akan rampas gelaran pemegang terbesar tu?”

Millennium Management, antara firma pengurusan aset alternatif terbesar di dunia didedahkan adalah pemegang terbesar Bitcoin (BTC) ETF terutamanya iShares Bitcoin Trust (IBIT) dan Fidelity Wise Origin Bitcoin Fund (FBTC) yang meliputi hampir $2 billion iaitu 3% daripada dananya bernilai $64 bilion.

Selain memperuntukkan lebih $844 juta bagi membeli IBIT untuk menjadi pegangan tunggal terbesarnya, pemfailan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Millennium Management turut menunjukkan firma itu telah melabur lebih $806 juta dalam FBTC.

Pelaburan penting lain termasuk $202 juta dalam Grayscale Bitcoin Trust ETF (GBTC) sementara ARK 21Shares Bitcoin ETF (ARKB) dan Bitwise Bitcoin ETF (BITB) masing-masing telah dilaburkan sebanyak $45 juta serta $44 juta.

Millennium Management yang melabur dalam ETF bukan sahaja telah menunjukkan sikap yakinnya malah kepercayaan besarnya terhadap fakta sesungguhnya mata wang digital akan dimasukkan ke dalam sistem kewangan arus perdana.

Suka dimaklumkan Boothbay Fund Management dan State of Wisconsin juga adalah antara pemain besar lain yang melabur dalam BTC ETF, jadi di sini dapat membuktikan minat institusi sudah semakin meningkat.

Seperti yang dilaporkan, Boothbay Fund Management mengumumkan pelaburan bernilai $377 juta dalam BTC ETF yang berbeza sementara State of Wisconsin pula melabur kira-kira $162 juta dalam IBIT serta GBTC.

Pada masa sama, firma seperti JPMorgan Chase, Hightower Advisors dan SouthState Bank yang turut memasuki pasaran ETF telah membuktikan bahawa mereka yakin dengan BTC ETF sebagai pelaburan berpotensi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat