Mimpi Ngeri Buat Ekonomi, 10 Negara Ini Pernah Hiperinflasi!

1,235

Apabila kita dengar sahaja perkataan ‘inflasi’, pasti ramai di antara kita mula mengeluh.

Iyalah, kenaikan harga barang yang semakin mahal menjadi punca kenapa ramainya rakyat memilih untuk lakukan dua hingga tiga kerja sehari.

Itu baru inflasi. Pernah dengar pula tentang Hiperinflasi? Mesti lagi terukkan?

Ini merupakan 10 negara yang pernah menghadapi ‘mimpi ngeri’ tersebut.

10. Indonesia

Negara ini pernah dicatatkan menghadapi hiperinflasi ketika di akhir kepimpinan Soekarno sebagai Perdana Menteri Indonesia.

Pada tahun 1962, inflasi tahunan meningkat sebanyak 165% dan mencapai kemuncak pada tahun 1965 mencecah 600%.

Pada saat itu, banyak wang yang dicetak bagi membiayai projek-projek rumah api Soekarno.

Namun, masalah itu berjaya ditangani dengan kebijakan Menteri Kewangan, Syafrudin Prawiranegara dengan memperkenalkan dasar licik yang kini dikenali sebagai ‘Gunting Syafruddin’.

9. Nicaragua

Negara ini menghadapai hiperinflasi terburuk pada Jun 1986 sehingga Mac 1991 dengan peningkatan 4% sehari. Keadaan itu membuatkan harga barangan meningkat dua kali ganda setiap 16 hari 10 jam.

Hiperinflasi ini berpunca disebabkan Revolusi Nicaragua di mana Sandinista berkuasa pada tahun 1979 sehingga terjadinya krisis kewangan di banyak negara Amerika Latin.

8. Perancis

Perancis pernah menghadapi hiperinflasi sekitar Mei 1795 hingga November 1796. Inflasi harian mencapai 5% dan membuatkan harga pasaran naik dua kali ganda setiap 15 hari 2 jam.

Tragedi ini berlaku semasa di awal Revolusi Perancis (1789-1799) iaitu semasa negara itu mempunyai hutang perang terhadap Amerika Syarikat dan Great Britain.

Negara ini memanfaatkan gereja Katolik sebagai sumber ekonomi kerana itu adalah sasaran terbaik bagi pengambilalihan aset dan tanah.

7. Peru

Pada Jun 1990 hingga Ogos 1990, negara Peru menghadapi inflasi sebanyak 5% dan membuatkan harga naik dua kali ganda setiap 13 hari 2 jam.

Menurut sejarah, hiperinflasi ini terjadi disebabkan perang yang panjang dan menjadi inflasi kedua di abad ke-20.

Pada masa itu, Presiden Peru, Fernando Belaunde berdepan dengan dasar penjimatan yang dilaksanakan oleh IMF berikutan krisis kewangan Amerika Latin.

6. China
Tak sangka negara gergasi ekonomi ini juga pernah menghadapi hiperinflasi kan?

China pernah mengalaminya pada Oktober 1947 hingga Mei 1949 dengan peningkatan inflasi sebanyak 14% dan membuatkan harga naik dua kali ganda setiap lima hari 8 jam.

Hiperinflasi ini tercetus setelah Perang Dunia Kedua disebabkan perang saudara di antara pihak Nasionalis dan Komunis.

5. Greece

Peristiwa ini berlaku pada Mei 1941 hingga Disember 1945 dengan peningkatan inflasi sebanyak 18% dan mengakibatkan peningkatan harga dua kali ganda bagi setiap empat hari 6 jam.

Perkara ini terjadi disebabkan keseimbangan anggaran fizikal Greece yang berayun akibat Perang Dunia Kedua dan perdagangan asing jatuh secara drastik.

4. Jerman

Hiperinflasi bagi negara ini telah berlaku di Weimar, Jerman iaitu pada Ogos 1922 hingga Disember 1923. Peningkatan inflasi harian mencapai 21% dan harga berubah dua kali ganda setiap tiga hari 17 jam.

Peristiwa tersebut terjadi disebabkan kekalahan Perang Dunia Pertama oleh Weimar pada awal tahun 1920.

Akibatnya, Jerman diminta untuk membayar baik pulih besar-besaran untuk pihak yang menang.

3. Yugoslavia

Inflasi terbesar bagi negara ini adalah berlaku pada April 1992 hingga Januari 1994 dengan peningkatan inflasi mencapai 65% dan meningkat dua kali ganda setiap 34 jam.

Kejatuhan Kesatuan Soviet menyebabkan negara itu bertanggungjawab kerana ia merupakan bekas geopolitik utama yang menghubungkan wilayah timur dan barat.

2. Zimbabwe

Negara ini menghadapi inflasi kedua terbesar pada Mac 2007 hingga November 2008 dengan peningkatan inflasi mencecah 98% dan membuatkan harga berubah dua kali ganda setiap 25 jam.

Kes ini bermula apabila kemerosotan yang lama dalam pengeluaran ekonomi berdasarkan pembaharuan tanah Robert Mugabe.

Pada waktu itu, penduduk Zimbabwe secara ramai meninggalkan negara. Selain itu, peningkatan perbelanjaan kerajaan dan penurunan asas cukai menyebabkan kerajaan monetisasi defisit fizikal.

1. Hungary

Inflasi terbesar pertama terjadi pada negara ini adalah pada Ogos 1945 hingga Julai 1946. Peningkatan inflasi sebanyak 207% dan menjadikan harga berubah dua kali ganda setiap 15 jam.

Ekonomi Hungary hancur disebabkan Perang Dunia Kedua. Disebabkan status ‘warzone’, hampir 40% dari modal saham negara itu hancur dalam konflik.

Sebelum itu, negara Hungary berhutang besar bagi membiayai bahan bakar untuk menyokong perang Jerman. Namun, Jerman tidak mahu hutang mereka dilunaskan dengan barang.

Ketika negara itu menandatangani perjanjian damai pada tahun 1945, mereka diperintahkan untuk membayar baik pulih Kesatuan Soviet.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat