Minggu Depan Merupakan Minggu Penting Buat Bank of Japan!

40

Bank of Japan dijangka akan mengekalkan kadar faedah negatif dan sasaran hasil 10 tahun bon kerajaan berikutan kelemahan matawang negara tersebut. Menurut tinjauan Reuters, keadaan luar negara yang amat positif juga baik bagi prospek ekonomi Jepun.

Yen telah melemah dengan mendadak berbanding US Dollar sejak pilihanraya presiden pada November lalu.

Dalam pada itu, US Dollar juga menguatkan momentum apabila rancangan ekonomi Trump dikatakan akan memberi kesan kepada inflasi, disamping petunjuk 3 kali kenaikan kadar oleh Fed pada tahun depan.

Pendapat daripada 15 orang pakar ekonomi menunjukkan BoJ akan mengekalkan kadar faedah di paras negatif 0.1 peratus, serta mengekalkan sasaran hasil bon kerajaan.

Kata Tuyoshi Ueno, ahli ekonomi kanan di NLI Research Institute, sasaran inflasi sebanyak 2 peratus dijangka akan mengambil masa yang lama untuk dicapai berikutan kelemahan Yen dan harga saham yang semakin melonjak.

Justeru, minggu depan BoJ akan memberi tumpuan terhadap cara untuk mengubah pandangan terhadap ekonomi dan penilaian terhadap kadar hasil semasa.

Kata beliau lagi, Gabenor BoJ juga boleh menghantar isyarat bahawa kenaikan kadar adalah sangat diperlukan bagi mencapai sasaran inflasi seperti yang dilakukan beliau baru-baru ini.

Di bawah rangka kerja dasar baru yang diumumkan pada bulan September, BoJ mengubah dasar sebelum ini kepada sasaran kadar faedah sebanyak negatif 0.1 peratus. Kenaikan ini juga merupakan kenaikan kali pertama dalam tempoh sedekad setelah pengetatan dasar oleh Fed telah menolak hasil bon global ke peringkat yang lebih tinggi.

Pertikaian Wilayah 4 Pulau Selama Hampir 7 Dekad diakhiri dengan Perjanjian Damai antara Russia dan Jepun!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat