Dollar didagang stabil pada Jumaat dan kekal di landasan yang betul bagi mengaut keuntungan mingguan berikutan jangkaan peningkatan kadar oleh Fed pada bulan ini.
US Dollar Index yang mengukur matawang Greenback berbanding enam matawang utama menyusut sebanyak 0.1 peratus. Bagi sepanjang minggu ini, matawang tersebut naik hampir 1 peratus.
Berbanding Yen, US Dollar melonjak lebih rendah sedikit, namun masih mengekalkan momentum berhampiran dengan puncak tertinggi sejak 15 Februari.
Komen beberapa pegawai Fed iaitu Presiden Fed New York dan San Francisco mengenai kenaikan kadar mendorong lebih banyak pelabur meletakkan pertaruhan mereka untuk prospek kenaikan kadar pada bulan ini.
Fed fund futures juga kini meletakkan kebarangkalian sebanyak 79.7 peratus untuk kenaikan kadar bagi mesyuarat dasar 14 hingga 15 Mac ini, meningkat 66.4 peratus pada Rabu.
Pengerusi Fed, Janet Yellen dan Naib Pengerusi Fed, Stanley Fisher yang dijadualkan akan berucap pada Jumaat juga berpotensi memperkukuhkan mesej agresif dari Fed.
Dalam sesi ini, Euro meningkat sebanyak 0.1 peratus, manakala sterling menambah 0.1 peratus.
CPI Zon Eropah Naik, Adakah Trend Matawang Euro Akan Bertukar?