CPI Zon Eropah Naik, Adakah Tren Matawang Euro Akan Bertukar?

64

Inflasi di Zon Eropah semakin memberi tekanan kepada bank pusat Eropah (European Central Bank, ECB) untuk mengurangkan amaun pembelian bon semasa. Sebarang spekulasi kepada pengurangan ini akan menguatkan matawang Euro, di mana secara berperingkat kadar faedah di Zon Eropah akan mula meningkat.

Inflasi CPI (Indeks harga pengguna) Zon Eropah yang dikeluarkan pada Khamis meningkat ke paras 2.0% pada Februari dari 1.8% yang dicatatkan pada Januari. Kadar tersebut juga sejajar dengan jangkaan pasaran.

Kadar asas inflasi yang tidak mengambilkira harga makanan,minyak/gas dan rokok kekal do sekitar 0.9% pada tempoh sama yang juga menepati jangkaan pasaran. Kadar asas ini kekal di paras 0.9% sejak tiga bulan lalu.

Namun, data kali ini tidak akan memberi kesan signifikan kepada perubahan polisi ECB dalam masa terdekat. Hal ini disebabkan kadar asas inflasi masih gagal meningkat sejak tiga bulan lalu.

Tekanan kepada ECB akan semakin meningkat untuk tidak terlalu agresif dalam menentukan polisi monetari, jika terdapat isyarat kesan pusingan kali kedua kenaikan harga dan juga kenaikan kadar gaji dalam pasaran buruh mereka. Jika tiada kesan kali kedua ini, ECB dijangka akan menunggu lebih bukti peningkatan harga terutamanya ‘kadar asas inflasi’ (core-inflation).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat