“Mesti semua tak sabar tunggu data CPI malam ni, korang rasa harga BTC akan bergerak ke mana?”
Berterusan melemah, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) merudum lagi sehingga $66,000 di tengah-tengah para pelabur sedang bersiap sedia memerhatikan terbitan data Indeks Harga Pengguna (CPI) serta mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).
Pullback secara tiba-tiba telah mengakibatkan liquidations lebih $250 juta dalam positions dagangan derivatif berleveraj merentasi semua aset digital yang menandakan liquidations leveraj kedua ketara dalam seminggu selepas terdapat liquidations $400 juta pada Jumaat lepas.
Menerusi pemerhatian, BTC boleh melihat pergerakan tidak menentu pada hari ini susulan harganya sangat responsif pada data ekonomi baru-baru ini dan correlation 30 hari bersama ekuiti Amerika Syarikat (AS) yang meningkat ke tahap tertinggi sejak tahun 2022.
Jadi di sini dapat dilihat pelabur bukan sahaja akan memantau tinjauan kadar faedah ahli FOMC bagi melihat jumlah pemotongan faedah diunjurkan oleh pembuat dasar pada tahun ini malah sidang akhbar Pengerusi Fed Jerome Powell yang dapat menjadi penggerak paling penting untuk harga BTC.
Memang tidak dinafikan pihak berkuasa AS yang mungkin tidak mengurangkan kadar faedah telah menyebabkan pelabur bimbang berhubung prestasi BTC, tetapi harganya tetap dikatakan berdaya tahan disebabkan aliran masuk berterusan dalam spot BTC ETF.
Umum mengetahui juga terdapat whale yang tidak aktif selama lima setengah tahun telah bertindak memindahkan 8,000 BTC bernilai $536.5 juta daripada wallet cold storage Coinbase kepada address deposit Binance.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 3.35% pada paras $67,075 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1.3 trilion seterusnya mencatatkan penyusutan 5.54% sepanjang minggu lepas.