Minit BoJ: Perbincangan Panas Mengenai Pendedahan Polisi Kepada Awam

49

Perdebatan hangat dalam kalangan pegawai Bank of Japan (BoJ) tentang berapa banyak maklumat harus didedahkan kepada awam tentang potensi untuk keluar daripada pelonggaran polisi monetari. Hal ini ditunjukkan dalam laporan minit mesyuarat yang dikeluarkan pagi tadi.

Beberapa ahli jawatankuasa menyatakan sekiranya maklumat-maklumat berkenaan didedahkan tentang kemungkinan pelonggaran kuantitatif (QE) di hentikan boleh menyebabkan pergolakan dalam pasaran kewangan. Antara mereka juga turut menjelaskan, BOJ perlu menerangkan lebih lanjut berkenaan pelan mereka dalam mengatasi sebarang perbezaan daripada perancangan semasa mereka.

Tumpuan asal polisi Bank Pusat Jepun di lihat telah beralih sejak September tahun lepas apabila program-program yang di wujudkan di lihat tidak berjaya membantu mereka mencapai sasaran kadar inflasi yang diinginkan.

Walaupun data inflasi teras di lihat terus meningkat untuk lima bulan berturut-turut, namun begitu ianya masih di bawah sasaran bank pusat sebanyak 2 peratus.

Bank pusat masih mengekalkan polisinya dan tidak melakukan sebarang perubahan dalam pertemuan awal bulan ini. Kempen berkenaan QE ini bermula sejak tahun 2013 lagi selepas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mula berkhidmat.

Antara polisi yang di ketengahkan oleh Abe bertumpu pada tiga arah iaitu pelonggaran monetari, rangsangan fisikal dan pembaharuan struktur dalam peminjaman.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat