Minit FOMC Sebabkan Kripto Ini Mengganas!

166

Ibu segala mata wang kripto, Bitcoin (BTC) dan keseluruhan pasaran saham dilaporkan berjaya menyaksikan pendakian sedikit selepas laporan minit mesyuarat FOMC semalam melihatkan bahawa mereka mungkin bakal mengurangkan kenaikan kadar faedah pada masa hadapan.

BTC dilaporkan melonjak sebanyak 2.6% dalam tempoh 24 jam lalu dengan ke sekitar zon $16,500 manakala Ethereum (ETH) meningkat 3.3% pada $1,200.

Selain daripada aset digital berikut, memecoin popular yang sentiasa digemari jutawan Elon Musk Dogecoin (DOGE) turut menyaksikan lonjakan 4.8% dalam tempoh 24 jam lalu pada zon harga $0.08.

Hal ini berikutan kerana pasaran kripto pada tahun ini sentiasa mengikuti pergerakan ekuiti Amerika Syarikat (AS) ekoran para peniaga menganggapnya sebagai aset berisiko.

Mengecap daripada pedagang Ryan Scott pula, beliau menjangkakan bahawa pedagang jangka pendek akan berpusu-pusu keluar daripada pasaran kripto serta niaga hadapan indeks ekuiti jika berlakunya kenaikan harga.

Tambahnya lagi, para pelabur akan memindahkan wang tunai masing-masing ke dalam dolar AS setelah Fed bertindak menaikkan lagi kadar faedah bagi mengawal inflasi negaranya.

Malah, nilai dolar yang meningkat tahun ini telah menghadapi kerugian berbanding yen dan euro berikutan pengumuman minit pada awal pagi ini.

Namun begitu, para pelabur masih percaya bahawa pasaran kripto akan kembali pulih susulan minit mesyuarat mengatakan kenaikan kadar faedah berkemungkinan besar diperlahankan kembali.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat