Minit Mesyuarat BOJ: Jepun Masih Sukar Keluar Dari Stagnation

59

Hari ini 7 November 2016, minit mesyuarat bank pusat Jepun (Bank of Japan) telah dikeluarkan. Dalam minit mesyuarat ini, majoriti ahli dalalm bank pusat percaya untuk mencapai sasaran 2% kadar inflasi adalah memerlukan lebih banyak masa.

Seramai sembilan orang ahli lembaga bank pusat tidak bersetuju dengan program rangsangan yang lebih besar mampu menaikkan harga di masa hadapan.

Kebarangkalian untuk tambahan pelonggran polisi (quantitative easing) sedia ada seperti pemotongan kadar itu masih boleh menjadi pilihan bank pusat. Bank pusat juga boleh menambahkan pembelian aset.

Pada mesyuarat bank pusat Jepun (20-21 September) lepas, bank pusat menukarkan sasaran polisi monetarinya, daripada sasaran cetakan wang selepas gagal membawa ekonomi Jepun keluar daripada Stagnation (stagnasi).

Stagnation ialah keadaan ekonomi sesebuah negara yang mengalami pertumbuhan ekonomi rendah iaitu di bawah 3% dalam jangka masa yang lama. Jepun telah berada dalam stagnation sejak tahun 90-an lagi seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

land-35Pada tahun ini, Jepun hanya mencatatkan pertumbuhan sebanyak 0.2% pada suku kedua tetapi menunjukkan peningkatan sejak beberapa bulan lepas.

Pada mesyuarat baru-baru ini Bank Pusat Jepun mengekalkan polisi monetarinya (polisi kewangan) dan juga menganjakkan tempoh untuk mencapai sasaran inflasi. Kadar faedah ditetapkan pada -0.10%. BoJ juga mengekalkan pembelian bon 10 tahun kerajaan Jepun (10-yr JGB) bagi mengekalkan hasil bon (bond yield) pada 0.00%. Bank Pusat juga akan mengekalkan pembelian bon kerajaan pada jumlah 80 trilion yen (764 bilion USD) setahun.

Pun begitu, deflasi masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk pulih. Consumer price index (indeks harga pengguna) jatuh 0.5% pada September. Hal inilah yang menyebabkan bank pusat mengurangkan jangkaan ekonomi pada mesyuarat baru-baru ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat