Minit Mesyuarat RBA Meyakinkan, Keyakinan Perniaagaan New Zealand Positif

42

Bank pusat Australia menunjukkan kebimbangannya terhadap perbelanjaan pengguna disebabkan kadar gaji yang naik perlahan di samping paras hutang isirumah yang tinggi.

Walaubagaimanapun, bank pusat kekal optimis dengan ekonomi, di mana keadaan ekonomi global yang semakin baik sepanjang 2017. Keyakinan bank pusat juga disokong oleh peningkatan pekerjaan sepenuh masa Australia ke paras tertinggi sejak 10 tahun lalu.

Mesyuarat RBA sebelum ini mengekalkan kadar faedah 1.50%. Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah kelemahan penggunaan dan pertumbuhan gaji.

RBA mengatakan keadaan perniagaan positif dengan prospek pelaburan perniagaan (non-mining) semakin baik dan juga peningkatan dalam perbelanjaan infrastruktur juga telah menyokong pertumbuhan ekonomi.

Penganalisis ekonomi di Bank Commonwealth Michael Workman berkata minit RBA adalah konsisten dengan nada ucapan yang disampaikan oleh ahli RBA sejak beberapa minggu lalu.

Keyakinan Perniagaan New Zealand

Sentimen perniagaan New Zealand kekal hampir dengan paras terendah Disember disebabkan ketidaktentuan dasar kerajaan baru.

Indeks ANZ Business Confidence menunjukkan 37.8% respondan menjangka ekonomi akan merosot tahun depan. Peratusan ini lebih rendah berbanding 39.3% yang dicatat sebelum ini.

“Perubahan polisi oleh kerajaan baru menimbulkan keraguan terhadap perniagaan,” kata Sharon Zollner ketua penganalisis ekonomi Bank ANZ.

Ini adalah tinjauan kedua yang dibuat oleh ANZ selepas parti buruh memenangi pilihanraya.

Dengan bacaan yang semakin baik daripada 39.3 kepada 37.8 menunjukkan terdapat sedikit kemajuan dari segi keyakinan perniagaan terhadap ekonomi di masa hadapan. Ia juga telah menyokong kenaikan matawang NZD pagi tadi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat