Minit Mesyuarat RBA, Sektor Hartanah Kebimbangan Bank Pusat

93

Bank pusat Australia (RBA, Reserve Bank of Australia) masih lagi memberi perhatian kepada risiko peningkatan mendadak harga rumah.

“Pertumbuhan dalam kredit perumahan terus mengatasi pertumbuhan dalam pendapatan isirumah yang menunjukkan risiko terhadap penyata imbangan isirumah semakin meningkat,” menurut kenyataan minit mesyuarat RBA pada 2 Mei.

Bagi mengurangkan risiko ini, kerajaan Australia telah menetapkan syarat pinjaman yang berhemat dan memastikan perkhidmatan pinjaman adalah bersesuaian dengan keadaan semasa kewangan. Walaubagaimanapun, kesan daripada polisi ini memerlukan lebih masa untuk dinilai, kata minit tersebut.

RBA mengekalkan kadarnya di sekitar 1.5% dalam mesyuarat awal bulan ini untuk terus merangsang ekonomi.

Sektor perumahan terus menjadi fokus bank pusat yang masih meneliti lonjakan sektor hartanah di Sydney dan Melbourne. RBA juga beberapa kali mencadangkan agar pihak kerajaan mengambil langkah untuk menyejukkan sektor perumahan di negara ini.

Pada Isnin, Jabatan Statistik Kebangsaan melaporkan pinjaman perumahan berkurangan pada Mac. Pinjaman kepada penduduk merosot 0.5% pada Mac berbanding kejatuhan 0.8% sebelum itu.

Ekonomi Australia semakin baik sejajar dengan ramalan bank pusat di mana harga pengguna melebihi 2% dan pertumbuhan ekonomi memulih secara mendadak dari kemelesetan suku ketiga 2016. Peningkatan dari segi pasaran pekerjaan juga menyokong pemulihan ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat