Pelabur sesi Asia diperlihatkan dengan laporan minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) yang mengekalkan kadar faedah tidak berubah dan sasaran untuk hasil bon 3 tahun kerajaan di paras terendah 0.10% ketika pertemuan awal bulan ini.
Pembuat dasar tetap komited untuk melakukan apa yang wajar untuk terus menyokong ekonomi Australia dan mengekalkan dasar monetari sehingga sasaran pekerjaan pekerjaan dan inflasi tercapai.
Mereka juga menegaskan semula komitmen mereka untuk mengekalkan kadar faedah semasa sehingga sekurang-kurangnya 2024 ketika inflasi dapat bertahan dalam sasaran 2 hingga 3%.
Setakat ini, pekerjaan dan inflasi dilihat tetap lemah dan ia dijangka kekal selama beberapa tahun.
Susulan itu, bank pusat juga bersedia untuk meningkatkan pembelian bon lebih tinggi, melebihi $200 bilion yang diumumkan, jika ia akan membantu kemajuan untuk mencapai sasarannya.
Dari segi prospek pertumbuhan, RBA meramalkan bacaan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku pertama tahun ini akan meningkat lebih kuat daripada dijangkakan susulan data-data yang telah diperlihatkan sebelum ini.
Dolar Aussie melonjak ke paras tertinggi 4 minggu berbanding US dolar yang lemah susulan penerbitan laporan minit mesyuarat RBA dan keputusan mesyuarat polisi Bank Pusat China (PBOC) pada awal sesi Asia.