Minyak Mentah AS Cecah Paras Tertinggi Sejak Oktober, Ketegangan Geopolitik Meningkat

117

Harga minyak mentah semalam (Selasa) meningkat ke paras tertinggi sejak Oktober tahun lalu apabila para pelabur memantau dengan teliti ancaman bekalan baharu di saat konflik yang semakin memuncak di Timur Tengah dan serangan dron Ukraine ke atas kilang penapisan minyak utama Rusia.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) untuk kontrak Mei meningkat $1.44 (1.72%) yang kini berada pada harga $85.15 per tong.

Minyak mentah Brent pula untuk kontrak Jun bertambah $1.53 (1.75%) kepada $88.94 per tong.

Sebahagian besarnya telah didagangkan dalam julat sempit antara $75 dan $85 setong sejak awal tahun. Namun, peningkatan risiko geopolitik dan data ekonomi yang kukuh nampaknya telah mendorong pergerakan lebih tinggi.

Baru-baru ini, Iran yang merupakan anggota OPEC menyalahkan Israel di atas serangan udara yang membawa pada Isnin ke atas bangunan dutanya di ibu kota Syria, Damsyik. Tujuh pegawainya terbunuh dalam serangan tersebut.

Semalam, Tehran berjanji untuk membalas dendam atas serangan tersebut yang dilihat sebagai tanda peningkatan dalam konflik Israel-Hamas.

Varga dari PVM memberi amaran bahawa potensi penglibatan langsung Iran dalam perang Israel-Hamas boleh mencetuskan konflik di seluruh wilayah dengan kesan yang tinggi terhadap bekalan minyak mentah dunia.

Ukraine juga turut menyerang salah satu kilang penapisan minyak terbesar Rusia dengan serangan dron di wilayah Tatarstan, tenggara Moscow sekitar 1,300 kilometer dari kawasan panas perang.

Rusia yang merupakan negara gergasi dalam Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC+) kini mempertingkatkan lagi serangan mereka ke atas infrastruktur tenaga di Ukraine.

Konflik perang yang semakin berlanjutan dapat mengheret harga minyak mentah global kepada posisi yang lebih berisiko.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat