Minyak Mentah Global Stabil Selepas Melonjak Pada Selasa

36

Harga minyak pada pembukaan pasaran Eropah hari ini kekal kukuh selepas mendekati paras tertinggi 8 bulan lepas pada pasaran Asia sebelum ini. Jangkaan harga akan terus kukuh berikutan bekalan dan pengeluaran minyak US dapat di seimbangkan.

Minyak brent meningkat 48 sen atau 0.98%, kepada $50.69 setong setakat jam 3.19 petang, selepas meningkat sebanyak 3% semalam.

Minyak WTI (West Texas Intermediate) pula meningkat 59 sen atau 1.23% kepada $48.48 setong

Bekalan minyak mentah US jatuh mendadak minggu lepas di sebabkan peningkatan terhadap pengeluaran, manakala bekalan petrol pula meningkat berdasarkan data simpanan Institusi Petroleum Amerika (API) Rabu minggu lepas. Minggu lepas merekodkan penurunan bekalan sebanyak 10.2 juta tong melebihi daripada jangkaan 2.6 juta tong.

Merujuk pada pelan Arab Saudi berkenaan pemotongan bekalan minyak, dalam nota kaji selidik Bank ANZ Australia menyatakan, “Bekalan minyak dijangka akan kekal menurun”.

Ketua analisa pasaran di CMC Market Sydney, Ric Spooner menyebut momentum kenaikan harga minyak ini di jangka akan terhenti sekitar $50 setong kerana paras harga tersebut dapat meningkatkan lagi pengeluaran minyak US.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat