Minyak Mentah Meningkat, Arab Saudi Naikkan Harga

418

Niaga hadapan minyak mentah meningkat pada hari Isnin selepas Arab Saudi menaikkan harga minyak Jun untuk sebahagian besar wilayah dan apabila perjanjian gencatan senjata Gaza semakin mereda bagi mengurangkan kebimbangan konflik Israel-Hamas yang masih bergema di kawasan pengeluar minyak utama.

Sementara itu, minyak mentah Brent naik 28 sen (0.3%) kepada $83.24 per tong dan West Texas Intermediate AS (WTI) pula berada pada $78.40 per tong iaitu naik 29 sen (0.4%).

Baru-baru ini, Arab Saudi menaikkan harga jualan rasmi (OSP) untuk minyak mentahnya yang dijual ke Asia, Barat Laut Eropah dan Mediterranean pada bulan Jun. Ini menandakan jangkaan permintaan kukuh pada musim panas ini.

Menurut Ketua Penyelidikan Komoditi ING, Warren Patterson berkata selepas jatuh lebih daripada 7.3% minggu lepas disebabkan ketegangan geopolitik yang semakin mereda, Brent memulakan minggu baharu pada tahap yang lebih kukuh dan membuka lebih tinggi.

Perkara ini berlaku selepas Arab Saudi menaikkan OSP Jun untuk kebanyakkan wilayah di tengah-tengah pengetatan bekalan suku ini.

Minggu lepas, kedua-dua kontrak itu mencatatkan kerugian mingguan paling teruk dalam tempoh tiga bulan dengan Brent jatuh lebih 7% dan WTI turun 6.8% kerana para pelabur meneliti data pekerjaan AS yang lemah dan kemungkinan menjejaskan tempoh pemotongan kadar faedah.

Risiko geopolitik terhadap harga minyak juga telah berkurangan apabila perbincangan untuk gencatan senjata Gaza sedang dijalankan.

Walau bagaimanapun, prospek untuk perjanjian kelihatan tipis pada hari Ahad apabila Hamas mengulangi tuntutannya untuk menamatkan perang sebagai pertukaran pembebasan tebusan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolaknya.

Berdasarkan sentimen pasaran yang mengetat, syarikat tenaga AS mengurangkan bilangan pelantar minyak dan gas asli yang beroperasi untuk minggu kedua berturut-turut sebelum ini. Pelantar minyak berkurang tujuh kepada 499 dalam penurunan mingguan terbesar sejak November 2023.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat