Minyak Mentah Mulakan Minggu Dengan Kerugian, Kebimbangan Permintaan Semakin Parah

234

Harga minyak mentah memulakan dagangan awal minggu dengan kerugian selepas membalikkan kenaikan dari minggu lalu selepas data inflasi AS terkini mencadangkan untuk tidak akan lakukan sebarang pemotongan kadar dalam masa terdekat.

Selain itu, isyarat dari Israel bahawa gencatan senjata dengan Hamas masih berkemungkinan turut membantu menurunkan harga minyak. Minyak mentah Brent merosot di bawah $89 per tong pada pertengahan sesi dagangan Asia dan West Texas Intermediate pula turun sedikit pada $83 per tong.

Pada Jumaat lepas, Jabatan Perdagangan melaporkan kadar inflasi sebanyak 2.7% untuk bulan Mac berdasarkan data Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) yang meningkat daripada kadar tahunan 2.5% pada Februari.

Menurut Ketua Pegawai Pelaburan di Independent Advisor Alliance, Chris Zaccarelli berkata sepatutnya pasaran menarik nafas lega pagi tadi. Memandangkan paras inflasi yang tinggi adalah norma baharu untuk 2024, pasaran perlu mengatasi harapan untuk pemotongan kadar Fed.

Namun, perkara yang baik untuk pasaran minyak tidak semestinya baik untuk semua pasaran kerana prospek kadar faedah dinaikkan yang berterusan biasanya dianggap sebagai penurunan harga.

Kenaikan kadar faedah yang lebih tinggi menjadikan dolar AS teruskan pengukuhan serta mendorong kenaikan harga minyak mentah global kerana ia didagangkan dalam dolar.

Hubungan rapat antara dasar monetari AS dan harga minyak telah menyebabkan para peniaga bertindak segera seperti yang dibuktikan oleh laporan. Setiap kali kelewatan penurunan kadar bakal menjadi punca penurunan harga minyak global.

Situasi di Timur Tengah, Hamas menyatakan bahawa mereka akan menghadiri rundingan gencatan senjata di Kaherah dengan harapan untuk menamatkan konflik itu.

Jika visi gencatan senjata itu berhasil, harga minyak akan terus menurun kerana risiko gangguan bekalan akan berakhir.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat