Minyak Mentah Sedikit Pulih Dalam Sesi Eropah, Lambakan Stok Masih Menekan Harga

75

Harga minyak mentah bergerak lebih rendah dalam sesi dagangan Asia pada Isnin di mana pasaran mengambil kira peningkatan jumlah pelantar di US seperti yang dilaporkan oleh Baker Hughes pada minggu lalu.

Minyak WTI (West Texas Intermediate) didagang di sekitar $46.22 setong setakat pukul 6.10 petang waktu Malaysia, naik dari paras terendah hari ini $45.84 setong. Manakala minyak Brent (Brent oil) naik dari $48.16 setong kepada $$48.61.

Komoditi hitam mengalami kerugian minggu ketiga berturut-turut pada minggu lalu berikutan kebimbangan terhadap peningkatan bekalan dari US yang akan menjejaskan perjanjian pemotongan OPEC untuk mengibangi pasaran ini.

Syarikat perkhidmatan tenaga yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Baker Hughes berkata pada Jumaat bahawa pengeluar minyak US menambah pelantar buat kali ke 21 minggu berturut-turut yang terpanjang dalam sejarah. Hal ini menunjukkan potensi peningkatan pengeluaran bekalan minyak mentah dari US di masa hadapan.

Pelantar bertambah sebanyak 8 yang membawa kepada jumlah setakat ini sebanyak 741.

Bulan lalu, OPEC dan non-OPEC bersetuju dalam perjanjian pemotongan bekalan bagi memotong 1.8 juta tong sehari sehingga Mac 2018.

Setakat ini, kesan daripada pemotongan bekalan oleh OPEC dilihat memberi kesan yang minima kepada pasaran disebabkan pengeluaran yang semakin meningkat dari negara-negara lain di seluruh dunia.

Pasaran akan terus meneliti data-data inventori minyak mentah dari US dan juga retorik terkini dari pemimpin tertinggi OPEC berkaitan trend pergerakan pasaran komoditi hitam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat