Minyak Mentah Terjun Ke Paras Terendah Dalam Sesi Ini!

47

Harga minyak mentah jatuh pada sesi Asia pada Jumaat dengan memberi sepenuh tumpuan terhadap usaha OPEC bagi membekukan bekalan minyak mentah.

Minyak mentah bagi penghantaran Disember di New York jatuh kepada 44.94 setong.

Minggu lalu, pembekal minyak mentah di Baker Hughes berkata jumlah kiraan pelantar penggerudian minyak di Amerika Syarikat meningkat sebanyak 2 hingga 452 pelantar.

Semalam, harga minyak mentah mencatat harga yang lebih tinggi pada awal dagangan sesi New York apabila Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid Al-Falih menyatakan keyakinan beliau terhadap keputusan yang bakal dicapai semasa mesyuarat OPEC nanti.

Menurut beliau, perbincangan turut diadakan dengan Menteri Tenaga Qatar, Mohammed Al-Sada untuk membincangkan tentang usaha tersebut.

Beliau mengeluarkan pendapat demikian apabila Menteri Tenaga Russia berkata pada Rabu untuk menyokong tindakan bagi pembekuan bekalan tersebut.

Jika mencapai persetujuan, kumpulan itu akan mengehadkan output kepada 32.5 juta hingga 33.0 juta tong sehari.

Abe Bertemu Trump Bagi Meluahkan Kebimbangan Rakyat Jepun!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat