Minyak Mentah Terperosok Ke Paras Terendah 7 Minggu!

297

Rasa naik ‘minyak’ kepala bila kes Covid-19 naik balik.

Harga minyak mentah jatuh ke paras terendah 7 minggu pada Isnin hasil kebimbangan terhadap bekalan lebihan selepas Jepun menyatakan akan mengeluarkan rizab minyaknya dan kemungkinan berlaku lebihan permintaan ekoran situasi Covid-19 yang teruk di Eropah.

Harga minyak Brent susut 57 sen atau 0.72% pada $78.32 setong dan niaga hadapan minyak mentah U.S West Texas Intermediate (WTI) jatuh 39 sen atau 0.51% pada $75.55 setong. Ini menyaksikan kedua-duanya jatuh ke paras terendah sejak 1 Oktober.

Rentetan itu, Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, memberi isyarat pada Sabtu dimana beliau bersedia untuk membantu dalam mengatasi kenaikan harga minyak ekoran daripada permintaan Amerika Syarikat (AS) untuk mengeluarkan rizab minyaknya.

Walau bagaimanapun, di Jepun, undang-undangnya hanya membenarkan rizab tersebut untuk digunakan jika berlaku kekurangan bekalan atau bencana alam.

White House pada Jumaat telah mendesak kumpulan pengeluar OPEC untuk mengekalkan bekalan global yang mencukupi sehari selepas AS mengadakan perbincangan dengan beberapa kuasa besar ekonomi berkenaan potensi pengeluaran minyak dari rizab stategik untuk menstabilkan harga tenaga yang tinggi.

Dalam pada itu, kebimbangan semakin meningkat terhadap sekatan Covid-19 yang akan dilaksanakan boleh menjejaskan permintaan.

Jerman telah memberi amaran pada Jumaat berkenaan melaksanakan penutupan penuh (full lockdown) selepas Austria memaklumka akan mengenakan semula langkah ketat untuk menangani peningkatan jangkitan Covid-19.

Para pelabur turut melihat perkembangan di Timur Tengah selepas media kerajaan Arab Saudi melaporkan pengesanan tanda-tanda bahaya yang mungkin berlaku kepada pelayaran dan perdagangan global di selatan Laut Merah kerana terdapat pergerakan yang diketuai Arab Saudi bagi memerangi pakatan Houthi yang disokong Iran di Yaman.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat