Minyak Mentah WTI Bergerak Positif, Serangan Di Rusia Tingkatkan Bekalan AS

211

Harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) mencecah paras tertinggi pada bulan ini iaitu $75.42 semalam selepas berita berkenaan Ukraine menyerang terminal bahan api Rusia dengan menggunakan dron bahan letupan.

Pasaran tenaga global turut terkedu bahawa kenaikan harga minyak mentah dapat dikawal apabila serangan Ukraine itu menyerlahkan betapa mudahnya untuk menjatuhkan rantaian bekalan tenaga secara meluas.

Sentimen minyak mentah global kini terdedah dengan dua konflik geopolitik iaitu Rusia-Ukraine dan serangan kumpulan Houthi di Laut Merah telah menyebabkan pasaran terdedah kepada ketidakstabilan yang serius serta membingungkan aktiviti perdagangan.

Walaupun berlakunya ketegangan geopolitik yang berterusan, pengeluaran minyak mentah global terus mengekalkan harga yang terhad selepas bidaan yang mengejutkan pada tahun lepas. Ia berpunca disebabkan pasaran tenaga yang terhad gagal memenuhi permintaan serta tidak membuahkan hasil.

2024 menyaksikan pengeluaran dan pengeksportan minyak global terus meningkat walaupun kuota pengeluaran yang diharapkan daripada Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) semakin lemah akibat pengeluaran minyak mentah AS naik ke paras tertinggi dalam sejarah.

Melihat secara teknikal, WTI naik hampir 4% iaitu kepada $75.42 semalam dan kini kembali ke tahap $74.64 semasa sesi pasaran hari ini.

Minyak mentah AS itu masih terperangkap dalam dalam zon sempit di mana SMA 50 hari dan 200 hari di antara $78.00 dan $73.00. Ia didagangkan dalam julat penyatuan yang ketat selepas merosot pada bulan November lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat