Minyak Mentah WTI Merosot, OPEC+ Masih Lanjutkan Pengurangan Keluaran

165

Harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) terus menurun untuk sesi kedua berturut-turut dengan harga berlegar-legar sekitar $78.20 per tong pada hari ini (Selasa).

Walau bagaimanapun, terdapat usaha oleh negara-negara OPEC+ termasuk Rusia melaksanakan pemotongan pengeluaran minyak secara sukarela. Namun, ia tetap menghadapi tekanan menurun.

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya OPEC+ telah bersetuju untuk melanjutkan pemotongan pengeluaran minyak secara sukarela berjumlah 2.2 juta tong sehari pada suku kedua ini.

Arab Saudi telah mengumumkan hasratnya untuk memanjangkan pengurangan pengeluarannya sebanyak 1 juta tong sehari secara sukarela.

Rusia juga komited untuk mengurangkan pengeluaran dan eksport minyaknya sebanyak 471,000 tong sehari. Selain itu, Iraq dan UAE telah bersetuju untuk terus mengurangkan pengeluaran mereka masing-masing sebanyak 220,000 dan 163,000 tong sehari.

Hamas dan Mesir meneruskan perbincangan di Kaherah bertujuan untuk mendapatkan gencatan senjata di Gaza. Walaupun tekanan dari Washington semakin ‘panas’ untuk laksanakan gencatan senjata, Israel memilih untuk tidak menghantar delegasinya bagi laksanakan perundingan.

Keputusan itu temui jalan buntu apabila kegagalan Hamas melepaskan tebusan pada 7 Oktober dan membebaskan banduan Palestin di Israel.

Selain itu, Menteri Telekomunikasi Houthi Misfer Al-Numair berkata semalam bahawa kapal mesti mendapatkan kebenaran daripada Pihak Berkuasa Hal Ehwal Maritim yang dikawal mereka sebelum memasuki perairan Yaman.

Sementara itu, China telah berjanji untuk merombak ekonominya di saat pertumbuhannya yang lembab sejak pandemik Covid-19.

Mereka juga berikrar untuk mengubah model pembangunan ekonominya dan menangani lebihan kapasiti industri. Menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi untuk 2024 pada kira-kira 5% sama seperti objektif tahun lepas sejajar dengan unjuran penganalisis.

Pencapaian sasaran ini dijangka akan meningkatkan penggunaan bahan api oleh pengimport bahan mentah terbesar dunia dan sekaligus menyokong harga minyak mentah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat