Misi Ke Bulan Makin Hampir, DOGE Diramal Meroket Hingga $4?

675

“Rancangan sangat di luar jangkaan, mesti korang tak terfikir kan nak bawa token fizikal kat bulan.”

Dogecoin (DOGE) yang merupakan memecoin paling popular sedang bersedia menjalankan misi bulan di mana seorang penganalisis menjangkakan harganya mampu mendaki sehingga $4 disebabkan projek tersebut.

Samuel Reid, Ketua Pegawai Eksekutif Geometrik Energy, Pentadbiran Telekomunikasi dan Maklumat Nasional (NTIA) iaitu bahagian Jabatan Perdagangan telah meluluskan satu aspek misi satelit DOGE-1 untuk memajukan projeknya.

Secara konteks, satelit DOGE-1 ialah misi CubeSat dirancang oleh Geometric Energy yang dibiayai sepenuhnya melalui sumbangan DOGE daripada ahli komuniti memecoin itu.

Skrin mini pada satelit DOGE-1 juga akan memaparkan iklan, imej dan logo sebagai salah satu cara untuk projek tersebut menjana pendapatan tambahan.

Susulan DOGE-1 dijangka dilaksanakan pada Januari 2024, pembangun DOGE turut mengumumkan rancangannya untuk melancarkan token DOGE fizikal ke bulan sebagai sebahagian daripada misi dirancang oleh firma Astrobotic berpangkalan di Pittsburgh.

Astrobotic ingin menghantar DOGE fizikal ke bulan dalam DHL Moonbox melalui Vulcan Centaur Rocket ULA pada 23 Disember 2023 di mana ia akan membawa 21 muatan daripada kerajaan, syarikat, universiti dan inisiatif Perkhidmatan Muatan Bulan Komersial (CLPS) NASA.

Rentetan daripada misi bulan tersebut, minat terhadap DOGE sudah semakin meningkat susulan bilangan address yang memegang memecoin itu baru-baru ini telah mencecah paras tertinggi sepanjang masa melebihi 5 juta.

Menurut penganalisis pasaran kripto Ali Charts, harga DOGE perlu menembusi zon rintangan utamanya pada $0.087 terlebih dahulu untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi pada $0.14 ataupun atas daripada itu.

Setakat penulisan ini, harga DOGE melonjak sebanyak 3.07% pada paras $0.08 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $11 bilion kemudian merekodkan kenaikan 8.80% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat