Modal Pasaran Kripto Bakal Berganda $5 Trilion Menjelang Akhir Tahun! – CEO Ripple

750

“Lain macam ramalan diberikannya, tapi macam tak mustahil untuk jadi kan?”

Brad Garlinghouse, Ketua Pegawai Eksekutif Ripple (XRP) berpendapat modal pasaran mata wang kripto bakal mendaki dua kali ganda pada $5 trilion menjelang akhir tahun yang didorong oleh kelulusan spot Bitcoin (BTC) ETF di Amerika Syarikat (AS).

Tambah Garlinghouse lagi yang sungguh optimistik, arah aliran makro adalah perkara besar seperti ETF susulan ia berjaya memacu wang institusi sebenar buat kali pertama di mana permintaan semakin meningkat manakala bekalan pula berkurangan.

Hal ini kerana kadar BTC baharu dihasilkan bakal dikurangkan selepas acara halving yang dijadualkan pada 20 April 2024 susulan acara itu akan merendahkan ganjaran diperoleh oleh miners pada 3.125 BTC setiap blok.

Sungguhpun terdapat beberapa tindakan kawal selia di AS, Garlinghouse menegaskan bahawa beliau akan kekal positif terhadap masa depan peraturan kripto di negara tersebut.

Umum mengetahui Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) pada Jun 2023 telah menyaman bursa kripto Coinbase dan Binance atas kesalahan menyenaraikan dan memperdagangkan sekuriti tidak berdaftar dalam bentuk pelbagai aset digital.

Bukan itu sahaja, SEC turut memfailkan tuntutan mahkamah terhadap XRP dengan mendakwa ia menjual token diasaskannya secara haram, bagaimanapun firma pembayaran blockchain tersebut menafikan dakwaan itu sekeras-kerasnya.

Pun begitu, Garlinghouse berpandangan AS bakal beri lebih kejelasan, ulasnya sambil menambah negara itu yang masih merupakan ekonomi terbesar di dunia malangnya bermusuh dengan kripto tetapi ia mungkin akan mula berubah dalam masa terdekat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat