Model AI 1000 Kali Ganda Lebih Berkuasa Bakal Berlaku! – Pengasas Cardano

1,036

“Pergh bukan biasa-biasa, harap-harap ramalannya jadi kenyataan la.”

Pengasas Cardano (ADA) Charles Hoskinson yang menjangkakan keupayaan computational dipertingkatkan pada tahun 2030 telah meramalkan PC gaming standard bakal menjalankan model AI 1,000 kali ganda lebih berkuasa daripada penerajunya Mixtral.

Memang tidak dinafikan ramalan tersebut berasal daripada latihan hardware dan model berprestasi tinggi, tetapi pangkalan data itu sendiri memerlukan CPU yang berkuasa untuk dijalankan, kata Hoskinson dalam akaun media sosial X beliau.

Landskap yang ada kini memerlukan sejumlah besar kuasa pemprosesan bagi memahami dan mengendalikannya seperti Mixtral, jadi visi Hoskinson adalah menjadikan pengkomputeran kompleks berkembang maju serta beri peluang kepada orang awam untuk mempunyai akses lebih baik.

Turut boleh dijangkakan peralihan sedemikian akan mencetuskan “pendemokrasian aplikasi AI”*, di mana ia menjadi keistimewaan untuk segelintir orang yang memiliki komputer sangat canggih.

*Penyebaran pembangunan AI kepada pangkalan pengguna lebih luas termasuk mereka yang tidak mempunyai pengetahuan khusus tentang AI.

Minat Hoskinson dalam AI bukanlah perkara baharu susulan beliau menjangkakan model performance-drive open-source bakal timbul yang akan dijalankan secara setempat pada peranti peribadi kemudian menyesuaikan diri dengan data pengguna.

Tindakan tersebut akan dikendalikan di peringkat tempatan menggunakan maklumat pengguna individu sebagai asasnya dan pengantara itu menunjukkan dimensi baharu tentang cara perniagaan berfungsi yang menyaksikan bentuk pemperibadian termasuk kecekapan paling maju.

Setakat penulisan ini, harga ADA mencanak sebanyak 8.54% pada paras $0.64 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $22 bilion tetapi tetap merekodkan penyusutan 15.4% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat