Mohon Maaf, Emas Tidak Berdaya Untuk Teruskan Kenaikan

4,225

Harga emas bergerak lebih rendah pada sesi Asia di tengah-tengah dagangan US dolar yang sedikit mengukuh.

Ketika penulisan, spot emas didagangkan berlegar pada sekitar harga $1,960 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,964 per auns.

Pasaran kini menunggu terbitan minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang dijadualkan pada awal pagi Khamis.

Kenyataan dovish daripada Presiden Federal Reserve (Fed) Jerome Powell sebelum ini telah menyokong dagangan emas untuk bangkit semula dari paras terendah.

Namun, pergerakan logam kuning itu kembali terbatas selepas Presiden Fed St Louis, James Bullard mengatakan bank pusat itu mungkin perlu menaikkan penanda aras kadar faedahnya sebanyak setengah mata lagi tahun ini.

Hal ini secara tidak langsung memberi sedikit sokongan buat US dolar dan turut menunjukkan bahawa penggubal dasar Fed mempunyai pandangan berbeza perihal kadar faedah.

Pada masa yang sama, hasil perbendaharaan AS 10 tahun turut mengukuh pada tahap tertinggi 2 bulan pada 3.72%.

Sementara menantikan minit FOMC, pelabur akan diperlihatkan terlebih dahulu dengan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat