Mohon Maaf, Saham Tesla Tak Selamat Hari Ini

904

Saham Tesla mengalami penurunan walaupun selepas syarikat itu melaporkan peningkatan keuntungan yang lebih besar daripada jangkaan pada suku kedua.

Ini susulan kenyataan ketua pegawai eksekutifnya (CEO), Elon Musk yang memberi amaran bahawa pengeluaran suku ketiganya akan menurun disebabkan oleh penutupan pada musim panas yang dijadualkan untuk kerja naik taraf kilangnya.

Syarikat itu berkata bahawa ia masih merancang untuk menjual 1.8 juta kenderaan tahun ini, iaitu 37% daripada jumlah keseluruhan 2022.

Selain itu, Musk juga memberi isyarat bahawa beliau akan menurunkan harga sekali lagi untuk kenderaan elektriknya, walaupun perang harganya dengan pesaing lain menjejaskan margin syarikat itu sendiri.

Tesla melaporkan pendapatan larasan (adjusted earnings) sebanyak $3.1 bilion atau 9.1 sen sesaham, meningkat 20% daripada suku kedua tahun lepas, mengatasi ramalan Refinitiv untuk pendapatan 82 sen sesaham.

Margin keuntungannya sebanyak 18.2% juga lebih baik daripada jangkaan, walaupun ia masih lebih rendah berbanding tahun lepas disebabkan siri potongan harga yang diumumkan syarikat itu sejak awal tahun ini.

Sementara itu, hasil automotif meningkat 47%, tidak termasuk hasil daripada penjualan kredit kawal selia.

Namun, ia jauh lebih kurang daripada lonjakan 83% dalam jumlah kenderaan yang dijual, petanda bahawa Tesla terus memacu permintaan yang lebih besar untuk keretanya walaupun harga yang rendah.

Semasa dagangan sesi New York, Tesla jatuh 0.7% kepada 291.26. Ia susut lebih 4% selepas sesi susulan laporan tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat